Sunday 25 March 2012

Benarkah Ombak Rindu Kini Bergelar Filem Paling Laris Di Malaysia?

 Ombak Rindu Kini Bergelar Filem Paling Laris Di Malaysia?
Nampaknya tsunami filem Ombak Rindu semakin sukar dikawal. Hebat sungguh fenomena yang melanda filem arahan Osman Ali itu. Taufan yang dibawanya dalam filem tersebut sukar lagi untuk dikekang. GUA dengar filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae sudah mencecah angka RM12.2 juta di pawagam.
Di sebalik kontroversi yang melanda penulis novel dan penerbit filem tersebut, tsunami Ombak Rindu terus gagah di pawagam. GUA tidak terkejut sekiranya filem ini mampu mencecah kutipan RM15juta di pawagam. Namun yang akan menghairankan GUA sekiranya pihak penerbit tidak mengiktiraf sumbangan mereka yang terlibat, baik di depan tabir mahu pun di belakang tabir.
Bukan sahaja pelakon dan tenaga produksi perlu diberikan bonus, malah yang paling utama ialah penulis novel tersebut. Walaupun kedengaran sedikit tidak sopan dan berbunyi gelojoh bila menyebut tentang bonus apabila filem masih ditayangkan, namun pihak penerbit perlu diperingatkan.
Apabila filem seperti Ombak Rindu meletup di pawagam, timbul persoalan bahawa selera masyarakat Malaysia khususnya penggemar filem sememangnya sukar dijangka. Tahun 2011 menyaksikan filem aksi KL Gangster menguasai pawagam dan kini nampaknya giliran filem bergenre drama pula menguasai pawagam.
Kalau benarlah telahan GUA, akan berderet-deretlah penerbit menerbitkan filem bergenre sebegini. Bagi GUA ia sesuatu yang bagus kerana GUA sendiri lebih menyukai filem bergenre drama. Secara kebetulan memang banyak filem bergenre drama yang menanti untuk ditayangkan. Antaranya Bunohan filem arahan Dain Said yang telah mendapat reaksi positif penonton antarabangsa.
Sekarang juga sedang ditayangkan filem bergenre drama aksi, Songlap yang tidak kurang hebatnya dari segala aspek. Jelas sekali, jika mahu mencipta sejarah di pawagam, pihak penerbit harus menjadi trend-setter dan bukannya sekadar mengikut trend setelah kejayaan sesuatu genre.

sumber:
http://www.gua.com.my/gosip/Ombak_Rindu_Kini_Bergelar_Filem_Paling_Laris_Di_Malaysia.html

No comments:

Post a Comment