Friday 30 March 2012

Kejelitaan Gadis atau Wanita Pada Payudaranya



Sebagai Wanita Anda Tentu Inginkan Buah Dada Yang Cantik,Montok Dan Besar. Tidakkah anda rasa iri hati pada kawan atau teman sepejabat yang mempunyai buah dada yang besar?

Andakah anda peduli? Adakah anda sudah berserah pada keadaan dan tidak mahu berbuat sesuatu tentang saiz buah dada anda. Padahal anda boleh berbuat sesuatu untuk menjadikan kurniaan, yang ada pada semua wanita ini menjadi yang terbaik.

Kecantikan seseorang wanita pastinya dikaitkan dengan rupa wajah, saiz payudara dan bentuk badan. Lelaki mana yang tidak suka kepada bahagian wanita ini. Semua lelaki mempunyai selera yang berbeza-beza tentang wajah wanita tetapi mereka sependapat tentang payudara. "Payudara ( buah dada ) mestilah WOW...!!" barulah lelaki akan tewas dengan anda.

Kebanyakan wanita menjadi rendah diri bila memiliki payudara yang kecil. Hal itu sebenarnya tidak perlu terjadi, karena kini telah ada alat kesihatan seperti breast pump yang boleh membantu anda mendapatkan saiz payudara yang anda idamkan. Pun begitu payudara yang besar mesti bersama dengan tubuh badan yang sihat. Jadi kesimpulannya sangat penting untuk menjaga kesihatan badan secara keseluruhan dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Karena payudara yang sihat sudah tentu akan indah dan kelihatan montok.



WANITA SERING DI KAITAN DENGAN KEJELITAAN.PENJAGAAN DIRI WANITA BUKAN SEKADAR KECANTIKAN PADA WAJAH,SAHAJA, ANTARA BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG PENTING ADALAH BAHAGIAN PAYUDARA.SETIAP WANITA INGINKAN PAYUDARA YANG MENARIK,WALAUBAGAIMANA PUN BUKAN SETIAP WANITA AKAN DIKURNIAKAN KECANTIKAN PADA BAHAGIAN TUBUH INI.RAMAI WANITA YANG MEMPUNYAI MASAALAH PAYUDARA YANG KECIL,KENDUR & BENTUK YANG KURANG MENARIK.AKIBATNYA ....
ADA WANITA YANG MERASA RENDAH DIRI PENAMPILAN DIRINYA. MEMPUNYAI MASAALAH DENGAN PEMAKAIAN COLI. RASA TERTEKAN DENGAN PEMAKAIAN YANG TIDAK SELESA. TIDAK PEDULI TENTANG KECANTIKAN DIRI ADAKAH ANDA DIANTARA WANITA YANG MEMPUNYAI MASAALAH DI ATAS ?

 KAJIAN
- 70% wanita diMalaysia (terutamanya Melayu) mengutamakan pakaian dan hiasan rumah daripada penjagaan badan.
- 65% wanita di Malaysia cepat kelihatan tua ketika berumur meningkat 40 tahun.
- 80% wanita di Malaysia akan mula gelisah dan sedar apabila kekasih , tunang, suami mereka beralih kepada wanita lain.
- Mereka menganggap payu dara ( buah dada ) adalah anugerah yang tidak boleh dibesarkan, dan membiarkan begitu sahaja (kecil).
- Wanita yang mempunyai anak cepat layu atau kendur atau lisut apabila payudara mereka tidak dijaga.
- Wanita sedar bahawa semua lelaki sangat suka akan kecantikan payu dara mereka tetapi mereka DEGIL dan TIDAK mahu menjaganya dengan baik.

Tip penjagaan payudara wanita
Beberapa gerakan senaman di bawah ini boleh membantu memperindahkan payudara Anda:

1. Luruskan tangan sehingga posisi badan bahagian atas akan terangkat. Ulangilah gerakan ini sampai 10 hitungan. Bila sudah terbiasa melakukannya, tambahlah gerakan menjadi 20 hitungan.

2. Berdiri dengan posisi kedua belah tangan ke belakang sambil menggenggam benda yang agak berat/tongkat.

3. Bongkokkan badan ke depan sampai bahagian punggung menjadi datar. Kemudian gerakan kedua belah tangan seperti hendak meraih sesuatu yang tak terjangkau secara bergantian. Lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali.

4. Tangan di depan dada (bersedakep). Lakukan gerakan mendorong dengan kekuatan yang bertumpu pada otot-otot bahu, maka otot-otot bahu dan otot-otot di sekitar payudara terasa mengencang. Ulangi gerakan ini sampai 20 kali hitungan. Bila sudah terbiasa dapat ditingkatkan menjadi 100 hitungan.

Selain melakukan senaman, ada beberapa hal lain yang dapat dilakukan dalam perawatan payudara. Misalnya dengan pengurutan (massage), dalam hal ini pengurutan harus dilakukan secara yang betul. Pengurutan yang salah, justru akan menimbulkan hal-hal yang tidak diinginkan.  Penyiraman air dingin waktu pagi pada payudara sangat baik, karena akan merangsang tisu-tisu dan otot-otot payudara. Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dan dihindarkan dalam perawatan payudara ini.

Hindarkanlah:
- Mandi dengan air panas terlalu sering.
- Jangan tidur dengan posisi telungkup.
- Jangan terlalu sering tidak mengenakan "bra".
- Janganlah melakukan diet yang terlalu ketat, karena bila berat badan turun secara melonjak akan merusak bentuk dan keindahan payudara.
- Jangan memakai "bra" yang terlalu sempit. Pilihlah "bra" yang mempunyai dudukan yang enak dan selesa, sehingga tidak mengganggu pernapasan.

Terdapat pelbagai produk untuk penjangaan payu dara. Sama ada untuk menegangkan, membesarkan atau mengebukan. Namun herba asli yang sering dikaitkan dengan tujuan ini adalah sejenis tumbuhan aktif yang telah dikaji terperinci ianya adalah LOBATA..


100% ORIGINAL Pueraria Mirifica
untuk PAYUDARA CANTIK MENAWAN
150mg Pueraria mirifica per capsule (berapa kandungan pueraria sangat penting, pueraria mirifica & pueraria lobata adalah berbeza sama sekali)

Pueraria Mirifica Untuk Payudara Cantik Menawan! Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua.Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidak seimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.

Pueraria Mirifica menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang d iidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman.

Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

NOTA: Pueraria Mirifica tidak sesuai digunakan oleh gadis yang berumur kurang dari 20 tahun kerana tubuh belum berkembang sepenuhnya. Selain itu, wanita mengandung juga tidak sesuai menggunakannya. Sila ikut sukatan pemakanan yang betul.

Antara Khasiat Pueraria Mirifica :

Menambah saiz payudara.
Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur.
Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara).
Menganjalkan kulit yang melendut.
Melambatkan proses penuaan.
Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
Mengetatkan vagina.
Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
Membantu menggelapkan rambut beruban dan
menggalakkkan pertumbuhan rambut
Menambah tenaga dan kecergasan
Mengatasi masalah sukar tidur
Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih 'muda'

 LAIN-LAIN KHASIAT LOBATA Pueraria Mirifica Lobata
Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadarhormone.
meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkankolagen dalam kulit.
menganjalkan kulit yang telah melendut
menegangkan dan menghaluskan struktur kulit
mengurangkan garis-garis halus
mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan warna kulit
menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri
menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak
melembutkan kulit kasar dan kering
merawat jerawat dari dalam
mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
mencerahkan dan menghilangkan lebam bawah mata
melambatkan proses penuaan secara berkesan
menambahkan kesegaran, tenaga dan meingkatkan kadar libido (ketahanan)
mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, arteriosclerosis, sesudahmenopos dan osteophorosis
mengurangkan penyakit diabetis dan tekanan darah tinggi
mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti katarak, kornea, rabun jauh dan lain-lain
menghalang mood swing akibat kekurangan estrogen dalam tubuh.


Makanan yang kami syorkan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi.
* Protein lengkap mengandungi sembilan bahan utama asid amino. Telur, susu segar, ayam, ikan, daging dan kachang soya adalah sumber protein lengkap. Untuk pengambilan protein secara teratur harap hubungi wakil pharmacy di tempat anda.

Monday 26 March 2012

Pelangi putih dirakam di Kutub Utara


Fenomena yang jarang berlaku, yang dinamakan panah kabus (fog bow), telah ditemui oleh Sam Dobson semasa ekspedisi ke Kutub Utara baru-baru ini.

Pelangi putih dirakam di Kutub Utara

Ketika kapal pecah ais mereka merentasi melalui perairan sejuk, Sam mendapati pelangi melengkung tetapi terpegun melihat ia benar-benar putih.

Dia cepat menyambar kamera, dan walaupun suhu sejuk beku, ditangkap penglihatan yang unik ini.

Lelaki berusia 51 tahun dari Rusia itu berkata: "Ia adalah sekitar tengah malam, tetapi kerana masa tahun ia masih agak ringan."

"Pada mulanya ia hanya kelihatan seperti awan, tetapi apabila kita semakin dekat ia adalah pelangi pepejal, tetapi putih."

Pelangi putih dirakam di Kutub Utara

Jurugambar amatur, yang telah bergiat dengan fotografi sejak zaman kanak-kanak, menambah: "Saya berasa bertuah telah berada dalam perjalanan dan menyaksikan sesuatu yang tidak ramai orang yang boleh mengatakan mereka telah melihatnya sendiri."

Pelangi putih adalah satu fenomena yang sama dengan pelangi, tetapi ia muncul sebagai gerbang dalam kabus dan bukannya hujan.

Dan kerana saiz titisan air yang sangat halus, yang menyebabkan kabus, lebih halus daripada 0.05 milimeter, ia muncul sebagai lengkungan putih, dan bukannya berwarna-warni.
 
Lebih kurang macam moon halo @ pelangi bulan juga ya, cuma pelangi putih ini akibat cahaya matahari direct, sedangkan moon halo , bulan membalikkan cahaya matahari, dan nampak ianya di sekeliling bulan. MasyaAllah .......
 

Sunday 25 March 2012

Mengapa Saya Menduakan Cinta

Mengapa Saya Menduakan Cinta
Ketika itu kami di dalam kereta selepas makan malam. Masing-masing membisu seribu bahasa. Ada SMS masuk, kala itu muka cuak tak dapat disorokkan lagi. Lekas-lekas saya baca dan padam. Kekasih saya sedang memandu di sebelah mulai syak sesuatu. Lalu tangannya pantas mencapai telefon bimbit. Alamak! Saya tak sempat pun berbuat apa-apa, sekadar berserah.



“Siapa SMS?”

“Tak ada siapa-siapa,” balas saya buat-buat selamba.

“Cakap betul-betul sebelum I campak telefon ni ke luar,” tangannya sudah berada di luar kereta.

Nak tak nak, terpaksa dibukakan cerita. “Kawan baru. Sama-sama join kelab sukan, dia base kat Sabah. Kawan je.”

Dia mula diam dan saya mula sakit hati. Sudah berkira-kira apa terkandung dalam hati dia. Pasti semuanya salah saya menduakan cintanya. Padahal saya mula membuka hati berkenalan dengan orang lain berpunca dari sikapnya sendiri.

Bukan mudah untuk kita mengakui kelemahan diri. Tetapi setiap berlaku, pasti ada penyebabnya. Bukan mahu mencari alasan memboloskan diri, lepas tangan atau meletakkan kesalahan kepada orang lain. Cuma sekadar berkongsi perasaan sekeping hati yang sanggup menduakan cinta. Kerana kali ini saya berkata-kata bagi pihak yang berlaku curang.

Pernahkah kamu mengalami situasi sama? Mungkin keadaan berbeza tetapi terperangkap dengan pertuduhan-pertuduhan seperti itu. Hinggakan ada yang mula termakan dengan dakwaannya. Diri kamu curang. Memang mudah kalau kita yang menangkap pasangan bermain kayu tiga, tetapi bagaimana pula kalau diri sendiri yang menduakan cinta?

1. Sikap sambil lewaMemang kamu tidak punya alasan untuk memandang orang lain melainkan dia. Situasinya, kamu masih sayangkan dia tetapi mula sangsi dengan keseriusan sang kekasih. Satu rasa telah muncul. Tiada masa depan untuk hidup bersamanya. Sementelah dia sering bersikap sambil lewa terhadapmu. Segala-galanya di ambil mudah termasuk perihal perasaanmu. Sekiranya kamu merajuk, jangan harap dia akan mengalah. Seandainya seminggu kamu tak hubungi dia, seminggu jugalah dia menyepi.

2. Semuanya penolakanApa sahaja kamu sarankan, akan dibangkang. Tiada hak langsung hendak bersuara. Kamu mula merasakan dicucuk hidung seperti lembu. Temu janji selalu di restoran kegemarannya. Pabila kamu suarakan teringin makan sushi misalnya, dia pasti menolak. Kalau pergi pun menyakitkan hati. Mukanya kelat. Makannya sikit tanda protes. Sudahnya selepas itu kamu tidak lagi meminta-minta. Malah beralah kerana menyampah dengan muka kelatnya itu.

3. Impian dia seorangJika merancang masa depan pun, keseluruhan impian bukan dibina bersama-sama. Keseluruhan masa depan datangnya dari kaca mata dia. Kahwin konsepnya begini begitu. Bulan madu kat Malaysia saja. Rumah nanti nak macam ni, macam tu. Kalau boleh nak anak dua tak mahu lebih. Semuanya tidak seperti kamu idamkan. Setidak-tidaknya cari satu titik tengah yang memuaskan hati kedua-dua pihak. Bukan sekadar aku, aku, aku…

4. Keluarga tolak tepiUsia perkenalan sudah tiga tahun, mungkin sudah tiba masanya berkenal-kenalan dengan ibu dan bapa. Dia enggan. Okay, paling tidak, jom, berkenalan dengan kakak sekeluarga. Pun tak mahu. Hati mulai sangsi dengan kesungguhan dia. Apakah dirimu masih belum pilihan mutlaknya? Jadi, tidak salah sekiranya kamu juga punya pilihan-pilihan lain bukan? Bimbang juga jika sudah berumah tangga, keluargamu langsung ditolak tepi. Ciri-ciri sepertinya sudah ada.

5. MembosankanRutin kamu berdua jalani sama sahaja tanpa ada peningkatan. Sangat membosankan. Lama-kelamaan kamu sedari, pertemuan kamu sekadar makan malam dan pastinya mengikut jadual dia sahaja. Kamu mula menyarankan itu dan ini. Apa kata kita makan tengah hari di sini? Hujung minggu apa kata kita ke sana? Tetapi semuanya diberikan alasan, sibuk. Memanjanglah dia tak ada masa. Pada suatu masa, kamu telefon dia, boleh pula dia berada di Melaka dengan teman-teman. Sakit hati bukan kepalang kerana dia lebih mementingkan orang lain.

6. Asyik dipersalahkanBoleh pula dia mendakwa kamu mementingkan diri sendiri. Katanya kamu tak pernah ambil tahu mengenai dirinya dan keluarganya kerana asyik bercerita mengenai diri sendiri. Padahal kamu fikir sudah cukup mengetahui perihal dia. Masih dirasakan ada kurangnya. Kamu sangat keliru. Takkan perlu bertanya, baru hendak buka cerita? Selama berdua-dua atau berjam-jam di telefon, cerita sajalah apa sahaja. Selama ini pun dia kata dia seronok sangat mendengar cerita-cerita kamu. Tak jemu-jemu katanya lagi. Salah siapa? Hmm, masa tu tengah sayang kot.

7. Tiada romantisKalau dahulu kamu berdua sangat romantis. Saling meninggalkan lagu cinta di pesanan suara. Kemudian saling meninggalkan 'miss call' kerana itu tandanya rindu-rinduan. Kamu tak lupa bekalkan makanan buatnya dan dia tak lupa hadiahkan patung-patung comel. Namun, sejak akhir-akhir ini semuanya lenyap. 'Miss call' tiada langsung. Apatah lagi pesanan suara dan hadiah. Tiada langsung. Bukankah ini tipikal orang kita hanya romantis dan mahu bermanja-manja pada awal perkenalan sahaja?

8. Teman mesraKamu sendiri pernah melihat kelibat si dia dengan perempuan lain. Menyirap darah kamu ketika itu. Kebetulan teman-teman ada di sisi. Malunya seandainya mereka nampak. Sayangnya, salah seorang daripada temanmu sudah menegur. Nasib baik mereka sangat bersimpati malah cepat-cepat mahu mengintip. Kamu perasan, si dia sudah sedar kamu melihat kelibatnya itu. Mereka hilang dalam sekelip mata. Tetapi si dia memberitahumu, mereka cuma teman sahaja dan tidak lebih, tidak kurang.

9. Jiwa kosongKetika hati kamu dilanda resah gelisah, datang pula insan lain yang menunjukkan kasih sayang. Semuanya terzahir secara jujur. Semua yang kamu dambakan dari sang kekasih ada pada diri insan ini. Pada mulanya kamu sangat rimas dengan gangguan-gangguan perasaan dialami. Kamu sudah sedaya upaya melawan kehadirannya tetapi kekosongan yang dibiarkan lohong kekasihmu telah membuka pintu-pintu lain untuk didekati.

10. Pudarnya cintaKamu kurang pasti apa dirasakan si dia tetapi cinta di dalam hati kamu kian pudar. Setelah apa terjadi, telah dicuba sedaya-upaya untuk setia. Kamu perlukan masa untuk menggali semula perasaan di dalam. Ketika inilah dirasakan lebih baik menerima salam perkenalan daripada orang lain. Bukan mahu membanding-bandingkan mereka tetapi kamu sekadar mahu menguji. Apakah masih ada sisa kasih sayang untuk dipupuk semula?

sumber: http://www.gua.com.my/cinta/index.1.html

Benarkah Ombak Rindu Kini Bergelar Filem Paling Laris Di Malaysia?

 Ombak Rindu Kini Bergelar Filem Paling Laris Di Malaysia?
Nampaknya tsunami filem Ombak Rindu semakin sukar dikawal. Hebat sungguh fenomena yang melanda filem arahan Osman Ali itu. Taufan yang dibawanya dalam filem tersebut sukar lagi untuk dikekang. GUA dengar filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae sudah mencecah angka RM12.2 juta di pawagam.
Di sebalik kontroversi yang melanda penulis novel dan penerbit filem tersebut, tsunami Ombak Rindu terus gagah di pawagam. GUA tidak terkejut sekiranya filem ini mampu mencecah kutipan RM15juta di pawagam. Namun yang akan menghairankan GUA sekiranya pihak penerbit tidak mengiktiraf sumbangan mereka yang terlibat, baik di depan tabir mahu pun di belakang tabir.
Bukan sahaja pelakon dan tenaga produksi perlu diberikan bonus, malah yang paling utama ialah penulis novel tersebut. Walaupun kedengaran sedikit tidak sopan dan berbunyi gelojoh bila menyebut tentang bonus apabila filem masih ditayangkan, namun pihak penerbit perlu diperingatkan.
Apabila filem seperti Ombak Rindu meletup di pawagam, timbul persoalan bahawa selera masyarakat Malaysia khususnya penggemar filem sememangnya sukar dijangka. Tahun 2011 menyaksikan filem aksi KL Gangster menguasai pawagam dan kini nampaknya giliran filem bergenre drama pula menguasai pawagam.
Kalau benarlah telahan GUA, akan berderet-deretlah penerbit menerbitkan filem bergenre sebegini. Bagi GUA ia sesuatu yang bagus kerana GUA sendiri lebih menyukai filem bergenre drama. Secara kebetulan memang banyak filem bergenre drama yang menanti untuk ditayangkan. Antaranya Bunohan filem arahan Dain Said yang telah mendapat reaksi positif penonton antarabangsa.
Sekarang juga sedang ditayangkan filem bergenre drama aksi, Songlap yang tidak kurang hebatnya dari segala aspek. Jelas sekali, jika mahu mencipta sejarah di pawagam, pihak penerbit harus menjadi trend-setter dan bukannya sekadar mengikut trend setelah kejayaan sesuatu genre.

sumber:
http://www.gua.com.my/gosip/Ombak_Rindu_Kini_Bergelar_Filem_Paling_Laris_Di_Malaysia.html

Thursday 22 March 2012

Kilat sabung-menyabung dan bunga api dalam satu masa


Jarang-jarang sangat dapat peluang menembak gambar kilat yang ada bunga api sekali. Peluang yang ada ini tidak dilepaskan oleh Matt Titmanis yang merakamnya di Perth, Australia sempena Australia Day.

gambar kilat beserta bunga api

gambar kilat beserta bunga api

gambar kilat beserta bunga api






Walaubagaimana pun, memang main gila lah buat pertunjukan bunga api ketika petir dan kilat sabung-menyabung .......

Sumber maklumat: http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/gambar-gambar-kilat-dan-bunga-api-dalam.html

Bunga-bunga mekar ketika azan berkumandang


Subhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Stesen television CNN, pernah menayangkan sebuah fenomena yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

Bunga-bunga yang awalnya kuncup berubah menjadi mekar ketika azan berkumandang. Fenomena mengagumkan yang terjadi di Ajerbaijan itu pun mendapat perhatian dari media Barat, semak keajaiban azan dalam video berikut ini:





sumber: http://unikversiti.blogspot.com/2012/02/bunga-bunga-mekar-ketika-azan.html

Monday 19 March 2012

Cerita Hati dan jiwa..

Cerpin pilihan bulan mac:

Cerita Hati dan jiwa..

Terkadang aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya berlaku dalam pergolakan hati aku. Terkadang aku terasa amat kesian dengan diriku sendiri terutama hati dan jiwa aku. Satu demi satu aku hayati setiap kali adanya sentuhan hati yang meronta-ronta  bukan sekadar ingin melepaskan dirinya, dan aku membiarkan diri ku jauh darinya. Hati ini sering berkata " mula saat ini aku akan hindari diri ku dari dia, aku terpaksa.."


Namun semua itu amat sukar untuk dilakukan apabila jiwa berbisik " mengapa harus kau berlalu pergi? Apakah kau tidak sedar yang jiwa kau meronta-ronta untuk tidak berbuat begitu?"


Siapa aku untuk berada di sisi hatinya. Aku sedar dia tidak mungkin jadi miliki ku. Untuk apa aku berharap
menanam angan-angan kosong sedang semua itu tak mungkin terjadi. Untuk apa aku perlu di sisinya lagi  sedangkan didepan mata kau sudah terlihat sandiwara dunia yang amat memedihkan perasaanku.


Bermula detik ini, dan sebenarnya telah pun ku ajar hati dan jiwa ini untuk tidak lagi menaruh harapan kecundang, mengimpikan mahliga idaman, dan aku anggap apa yang telah berlaku antara aku dengannya
hanya satu mimpi, satu ilusi mestipun itu adalah realiti..


Maafkan aku sayang seandainya aku terpaksa menjauhkan diri darimu, tidak seperti dulu. Anggaplah itu
satu kenangan indah yang tak pernah kau dapat dari orang lain. Aku doakan kau bahagia bersamanya
dan sesungguhnya merestui apa yang telah kau miliki bersama dia.


Bicara hati..... cukup sampai  disini untuk engkau wahai si hati luka menerima hakikat semua ini adalah
sadiwara di pentas dunia yang mana ada suka ada duka ada derita ada bahagia. Yang bahgia dia dan yang
derita engkau wahai si hati ku.


Bicara jiwa... Biarlah, biarlah semua itu satu kenangan indah yang engkau wahai si jiwa rasai. Biarkanlah
dia miliki apa yang dia miliki kini..Izinkan seikhlas jiwa. wahai jiwa korbankanlah hasrat cokmar cintamu
itu demi kebahgian dia dan engaku wahai si jiwa ku...bersedialah wahai si jiwa menadah setiap titis-titis darah pedih dari kelukaan hati... biarlah aku jauh pergi dari hatinya.


Maafkan aku sayang sekiranya aku telah berubah untuk tidak seperti dulu dengan mu, bukan kerana aku
tidak sayang padamu, cuma aku sepatutnya sedar diri ini, siapalah diri ini untuk sentiasa di sisimu lagi.


Dan untuk engkau mengerti kalimah pena usang ini ingin menyatakan sebenarnya aku amat menyintai mu...


Sutera kasih
20/03/2012
5.43 pagi...apabila mata engan lena...
http://suterakasih52.blogspot.com

Friday 16 March 2012

Apakah Erti Sebuah Kucupan?

Jika kita lihat bangsa inggeris atau lebih dikenali bangsa barat, kucupan sudah menjadi perkara biasa pada mereka, malah ianya seumpama bersalaman seperti bangsa kita lakukan. Namun kucupan bagi bangsa barat tiada batasnya. Ianya boleh dikatakan tanda persahabatan yang erat, tanda percintaan dan juga dicenderungkan sebagai kucupan bernafsu.

Bagi bangsa kita terutama yang beragama islam, kucupan antara lelaki dengan perempuan adalah haram, malah bersalaman dengan bukan muhrim pun dikira haram. Namun kita ambil kira soal moral dan budaya Melayu di mana yang muda perlu menghormati yang berusia dan ada ketikanya bersalaman itu harus...namun tetap dilihat haram dalam hukum agama islam. Kecuali ada ikatan muhrim.

Berbalik soal kucupan atau berkucup mulut mulut sudah menjadi trend remaja yang bercinta. Percintaan bagi mereka seolah-olah sudah seperti pasangan yang halal. Kucupan ini bukan dikira kucupan rindu, sebaliknya dikira kucupan bernafsu yang membolehkan pasangan terus terlanjur.

Sebenarnya budaya berkucupan ini tidak memperlihatkan kesopanan sama ada dilakukan oleh pasangan yang halal iaitu suami dan isteri jika dilakukan dikhalayak ramai.Apa lagi jika perbuatan berkucup ini dilakukan oleh pasangan yang sedang bercinta.

Kesimpulanya berkucup antara pasangan tidak sesuai jika  dilakukan berdepan dengan khalayak ramai. Memadai jika pasangan itu suami isteri saling melakukan ciuman pipi dan tangan. Berkucupan ini sewajarnya dilakukan berselindung daripada kelihatan sesiapa saja demi menjaga maruah yang mana ianya boleh menggahirahkan orang lain jika terlihat... waspadalah...

Novel: Air Mata Semalam

Saya tertarik dengan kisah dalam novel karya novelist Suteraungu ini (juga terkenal dengan nama Sutera Kasih).Ceritanya penuh dengan kontrovesi dan jalan ceritanya penuh penghayatan. Anda yang berminat membaca novel apakata anda teruskan membaca.Selamat membaca...

AIR MATA SEMALAM
 oleh: suteraungu


EPILOG


Fantasi  ilusi, emosi
kadang kala membuatkan manusia terus berkhayal. Apapun istilah yang dikaitakan dengan kehendak manusia, ianya tepat juga dikatakan perasaan. Suka duka, derita sengsara, kecewa merana, rindu lara sering menjadi episod kehidupan insan.

    Bukan Hafis yang cipta semua ini, ianya sudah kehendak Tuhan.Takdir kadangkala menyebelahi manusia. Merancang bukan bererti segala yang dirancang akan berhasil. Mencuba perlu berani, yakin dan jujur pada diri sendiri dengan apa yang dilakukan, tidak mustahil akan berhasil juga akhirnya. Kegagalan bukanlah keputusan yang bermaksud sudah berakhir segala impian dan harapan.



    Alam fantasi menjelma dalam hidup Hafis kadang kala ianya hanyalah kebetulan. Hafis tidak pernah berangan-angan untuk jadi seperti yang dia perolehi kini. Bermimpi di siang hari tak sama bermimpi di malam
hari.

    Adakalanya mimpi menjadi kenyataan. Adakalanya mimpi membawa tuah dan adakalanya mimpi membawa padah. Biar apapun istilah mimpi yang sering dikaitkan dengan pelbagai anggapan positif dan negetif, namun ia adalah ilusi mainan tidur hamba Allah yang bergelar manusia.

    Cinta Hafis  pada Leya sudah lama terpahat. Cinta yang dipupuk sepenuh jiwa. Cinta yang lahir dari mata terus menyusuk ke hati. Cinta pandang pertama. Namun sudah sedia maklum, dugaan dunia percintaan
tidak lari dari pelbagai dugaan yang melanda. Cemburu, iri hati, rasa tersinggung, hampa,  kadang kala mencengkap perasaan biarpun ianya adalah emosi yang dibendung dan terbatas.

    Salihah, juga ada perasaan. Salihah juga ada rasa cinta pandang pertama. Namun kerana cintanya dibiar terpendam tanpa diluahkan pada orang yang dicintai, akhirnya cinta itu memakan dirinya sendiri. Kerana
cinta Salihah sanggup berdendam. Cinta terpendamnya terhadap Hafis tidak mendapat balasan. Cintanya kini terbiar sepi. Sepi sesepi malam yang tidak berbintang, bila mana sang pungguk tergila-gila merindukan
sang bulan. Namun bulan terus menyepi berselindung di balik awan kelabu.


Tip-Tip Memikat Lelaki

Saya amat tertarik dengan tip-tip yang ditulis oleh: http://sentuhankasihsuci.blogspot.com.Lantas saya copy
semula dan muatkan dalam blog saya ini untuk tatapan mereka yang sebelum ini tak pernah mengetahui.So apa lagi bacalah....
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Eksan / petikan dari:
http://sentuhankasihsuci.blogspot.com/2009/07/tip-tip-memikat-lelaki.html

Happy birthday Wanie

WANI BIRThDAY .. http://wanislumber.blogspot.com

Hari ini 16/3/2012 hari Jumaat..waktu 6.42 ptg. aku teringat seseorang punya hari lahir.... takut terlupa so buat untuk tidak melupakannya... walaupun lama lagi..bulan April...so sebenarnya seronok kalau mengingati lebih awal... itu saje yang mampu so inilah yg dapat di ilhamkan.Dah sampai masa nanti lagi special design kot ..
Ikhlas dari:
Suterakasih52.blogspot.com

Ok kita dengar apa kata Wanie:
 

Tuesday 13 March 2012

Dunia.


Dalam dunia ni,setiap makhluk ada pasangan nya..Begitu juga jiwa dan perasaan manusia..suka pasangannya duka,..kasih pasangannya benci..kalau tiada duka dalam kehidupan kita mana manisnya suka..,Tuhan banyak menduga kita..kerana sayangnya Dia kpada umatnya..

     Begitu juga aku..terlalu banyak dugaan yang menimpa aku..aku hanya manusia biasa yang selalu melakukan kekhilafan..putus asa,.kcewa.smua tu membuatkan aku patah semangat untuk teruskan hidup tapi aku bangkit dan berpegang pada satu kata iaitu SABAR...sabarlah yang banyak mendorong aku untuk teruskan hidup,.hidup untuk mencapai apa yang aku ingin capai..Tapi tak mudah..memang terlalu banyak cabaranya..aku hanya berserah pada Yang Kuasa,yang Maha Adil..aku tahu Dia pasti akan bantu aku...begitu juga manusia lain..ingatlah..setiap dugaan yang menimpa kita tu adalah dari Dia..Allah terlalu menyayangi makhluk yang dicipta-Nya..ujian itu diberi agar kita tidak melupakannya....keAgungan-Nya sungguh besar..

      Dahulunya hidup aku sungguh suram..kemurungan,tiada apa2 yang aku fkirkan selain ajal..Tapi dengan akal yang Allah anugerahkan ini,dengan hidayahnya aku bangkit untuk-Nya...Aku semakin matang menghadapi semua dugaan yang menimpa aku..aku tahu Dia yg beri semua itu...sekarang ni aku sudah ada satu tujuan..dan aku mesti terus capai itu..aku tak boleh berpatah balik..semua yang aku lakukan ini untuk buktikan aku boleh lakukan apa yang aku angankan selama ini..

       Tidak semua cerita berakhir dengan happy ending kan,?semua itu ada hikmahnya...tak semua cerita buruk berakhir dengan jalan cerita yang buruk juga kan..semua tu ketentuan Dia..Dia Maha Mengetahui..semuanya sudah tertulis dan takdir kita sebagai seorang manusia...hamba yang lemah...jadikan kata DUKA itu satu kekuatan..bukan kelemahan...

        Kini aku lebih faham apa erti hidup..suka duka itu lumrah dunia......^_^

Saturday 10 March 2012

WANIE- di SABAH


kenangan Wanie berada di Sabah selama 4 hari dari 7hb/3/2021- 10/03/2012


Apa cerita WANIE? BEST TAK? ................

Masjid terapung ni bukan saja ada di Terengganu tapi di Sabah pun ade tau..jalan nak pergi ke Kundasang Sabah tu,ade lalu kat masjid terapung ny...cantik sangat..bila waktu malam kan..masjid tu sungguh indah..terpesona memandangnya.


da sampai kat Gunung Kinabalu ni..Wanie tak lah sampai ,mendaki gunung tu..hanya stakat melihat pemandangan yang indah dari kaki gunung saja..itu pun terasa dah sejuknya macam mane..blum sampai atas puncak gunung tu lagi..memang cantik sangat kat situ..tapi sayangnya mase Wanie pergi sana,kabus tebal sangat.tak nampak puncak gunung tu...sayang ka.kalau tak kan,mesti dapat tengok gunung tu tinggi mana..mase nak balik baru nampak jelas..hemm...                      

Masa kat pulau kat Sabah tu...sangat cantik..air nya sangat jernih..Wanie pergi 2 pulau taw..Pulau Mamutik dengan Pulau Manukan..jernih sangat air laut kat pulau tu sampai nampak ikan berenang-renang..bermacam2 warna ikan kat situ,..warna pink,biru,kuning,putih dan macam2 lagi..Wanie sangat teruja masa tu...almaklumlah pertama kali snockling...hehehe...

Friday 9 March 2012

Tentang Cinta

12 Perkara Tentang Cinta Patut Anda Tahu


Credit:Google


Buat semua, disini ada 12 perkara anda perlu tahu tentang cinta. Jangan ingat nak bercinta je tau. Nak tau...jom baca.

Buat semua, disini ada 12 perkara anda perlu tahu tentang cinta. Jangan ingat nak bercinta je tau. Nak tau...jom baca.

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Sumber: Tentang Cinta
 Ekshan dari: http://sttpentuhankasisuci.blogspot.com/2010/05/12-perkara-tentang-cinta-patut-anda.html

Cinta? Apa Itu Cinta?

Photobucket
Hai!!! kali ni saya nak tulis petikan tentang cinta kat muka depan ni  untuk tatapan semua....


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.



'Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri'

Eshan dari :http://sentuhankasihsuci.blogspot.com/2009/08/cinta-apa-itu-cinta.html

Sunday 4 March 2012

Keajaiban Cinta



Lagu ini Ciptaan: Sutera Kasih dan Wanie
Lirik: Sutera Kasih
Artis: Wanie sendiri

Selingkar kisah tentang lagu
 Keajaiban Cinta...

Senja hampir berlabuh melerai siang untuk terbitnya malam,.Iman dan Iza menghabiskan waktu pertemuan bersama deruan ombak membelai ke pantai. Masa amat cemburu dengan pertemuan mereka. Tibalah masa untuk Iza meninggalkan Iman.Ketika langkah kaki Iza berlalu pergi, ketika itu Iman...menyapa Iza... Tersekat langkah kaki Iza bila mendengar suara Iman...

"Iza... Sebelum langkah kau semakin jauh, aku ingin berterus terang pada kau"

Iza menoleh memandang tepat kewajah Iman, dia berpatah balik mendekati Iman. Mata
bertentang mata namun bibir terkaku lesu. Hanya hati saling berbicara resah menanti apa yang sebenarnya akan terungkap seribu jawapan persoalan masing-masing.

"Iza... aku tahu yang kau sudah berpunya...Dan aku tahu yang engkau menyayangi dia.Dan aku tahu itu pilihan kau..."

Iza diam tunduk...
"Iman..apa sebenarnya yang nak kau luahkan? Luahkan isi hati kau.Silakan aku sedia
mendengarnya"

Iman membisu seketika.......
"Iza aku harap kau bahagia dengannya..."

"Iman, cakaplah apa sebenarnya..."

"Tak ada yang istimewa sebenarnya untuk aku jelaskan pada kau"
Iza menarik nafas mengeluh..........

"Iman, kenapa ni, cakaplah...Aku pun ada sesuatu nak cakap pada kau..."

"Apa dia Iza?"

"Kau cakap dulu... baru aku cakap"
Iman diam.....

"Iman...nak aku paksa kau untuk bercakap..terus terang dengan aku?"

"Paksa? Maksud kau?"

"Mudah saja....."

"Macam mana?"

"Kau tak nak cakapkan depan aku, jadi untuk apa aku menuggu macam ni.Izinkan aku pergi.."

"Jangan Iza, berikan aku sedikit kesempatan.."
"Ok aku tunggu..."

"Aku malulah........"

"Malu? Kau bukan malu tapi kau ego, sebenarnya."

"Ok aku cakap sekarang..."

"Iza... Aku sebenarnya tak nak kehilangan kau...Aku tak mampu hidup tanpa kau."

"Iman, kan aku selalu di sisi kau,menemani kau"

"Thank Iza...."

"Oklah aku pulang dulu..." Iza kembali melangkah meninggalkan Iman.

"Iza tadi kau kata ada sesuatu nak cakap? kenapa tak cakap?"

"Iman, tak ada apa-apa sebenarnya, cuma itulah cara aku nak paksa kau bercakap tadi" Izan tersenyum...Iman termangu-mangu pelik.Dia tahu yang dia terperangkap dengan elah Iza.

"Iza...nanti dulu.."

Iza terhenti lagi langkahnya.

"Iman aku harus pulang segera, dah senja ni...Nanti mak aku marah. Apa lagi yang kau nak cakap?"

"Tak ada apa-apa...Cuma ini lagu baru aku, ini liriknya...Untuk kau...Aku cipta lagu ni untuk kau. Dalam lagu tu, itulah sebenarnya aku."

Iman menghulurkan sekeping CD dan sehelai kertas putih terkalam patah-patah perkataan di atas kertas itu.

"Keajaiban Cinta?" Iza membaca tajuk lagu itu.........
Langkahnya berlalu pergi meninggalakan susuk tubuh Iman yang semakin lama kelam diliputi kegelapan senja menerjah malam.. Bayang Iza juga sudah tiada dan Iza pergi dalam kepekatan hitam senja menjurus peredaran waktu, apabila siang digantikan malam...

Cerpin hasil pena / idea bersama: Sutera Kasih./ Wanie..
5/3/2012 1.25pm

KISAH DAN LAGU HUJAN..


Sesuatu yang kita rancang tidak semestinya akan dapat kita laksanakan.Begitu juga sesuatu yang kita ingin miliki tak semestinya kita perolehi. Cinta soal hati,soal perasaan, soal jiwa. Selama mana mungkin soal hati ,soal perasaan dan soal jiwa dapat kita abadikan semuanya itu bergantung pada keadaan.Jika keadaan itu memaksa untuk kita merubah segala-galanya maka kita harus terima. Soalnya mampukah kita menerima hakikat sebuah percintaan itu gagal kerana dihalang? Apakah tiada jalan penyelesaian selain daripada menerima sahaja tindakan dihalang?


Jika benar cinta itu suci, cinta itu ikhlas maka sewajarnya kita melawan arus segala cabaran dan halangan yang mendatang. Ada jalan penyelesaian boleh kita lakukan secara baik. Usah diganggu gugat dua hati yang saling mencintai.


Apakah takdir menentukan segala-galanya. Tuhan menentukan takdir dan kita tidak dapat melawan takdir. Jika takdir itu memberikan kita citarasa indah dan amat membahagiakan kita kita berasa syukur kerana kita ditakdirkan dengan kebahagiaan. Bagaiman suratan dan takdir itu meletakan kita ke aras kesengsaran? apakah harus kita melawan takdir itu? Sebenarnya boleh. Tuhan amat penyayang dan pengasih. Cinta itu adalah kurniaan tuhan maka cinta itu untuk kita juga. Bukan melawan takdir tetapi mintalha pada tuhan agar takdir yang sukar itu dipermudahkan untuk kita. Cinta tak boleh dipaksa,cinta juga tidak boleh dinafikan.


Apabila hati sudah merasai perasaan cinta makan itulah kata hatinya.Apabila hati memperkatakan sanggup berkorban untuk cinta maka jiwa akan memberontak untuk tidak menerima hakikat sebuah korban percintaan dan kegagalan percintaan. Dua hati apabila sudah ditemukan dengan rasa cinta itulah kehendak ilahi.


Lagu ini saya cipta apabila mendengar satu cerita tentang kawan saya yang terpaksa menerima hakikat berpisah atas desakan keluarga , gadis bernama izaty terpaksa buat keputusan untuk berpisah dengan Hadi kerana keluarga Hadi tidak dapat menerima Izaty...Kesian kan Izaty.....so apa pendapat anda tentang cerita saya ini?

PERTANDINGAN MENULIS AYAT-AYAT CINTA DAN LIRIK LAGU


Photobucket
Saya sedang mencari mereka-mereka yang berbakat, atau tak berbakat pun tak apa boleh cuba untuk sertai pertandingan menulis lirik lagu atau ayat-ayat cinta contoh seperti di bawah ini: Petandingan ini terbuka kepada sesiapa saja. Tulis je apa yang terlintas di kepala.Bukan kena bayar pun. Kemudian emailkan nama penuh, alamat, no kad pengenalan, kalau ada nama pena atau orang putih kata nick name boh jelah. Lirik terbaik akan dijadikan lagu untuk album yang baka saya terbitkan. Bukan saya nyanyi tapi ada artislah .Saya just composer cipta lagi je. Nak keterangan lanjut col saya 0173226718. Apa yang anda dapat bila menang? Ni tengok kat bawah ni:-
1) Lirik paling menarik akan menerima ganjaran RM150
2)Lirik kedua menarik RM100
3) Lirik ketiga menarik menerima RM50
4) Jika lirik anda kami jadikan lagu kami akan daftar nama anda dengan persatuan composer (MACP dan  PPN) untuk mendapatkan royati apabila lagu-lagu daripada hasil tulisan lirik anda berkumandang di radio.
5) Anda berpeluang menulis terus lirik lagu untuk kami.
Photobucket
  Yang ni kira contoh, tapi tak payalah nak boh photo macam tu..
Ok apa-apa pun nak cuba, try test...sama anda boleh atau tidak menulis lirik anda emailkan penyertaan anda ke selendang52@gmail.com. Tiada tarikh tutup ditetapkan....