Friday 16 March 2012

Apakah Erti Sebuah Kucupan?

Jika kita lihat bangsa inggeris atau lebih dikenali bangsa barat, kucupan sudah menjadi perkara biasa pada mereka, malah ianya seumpama bersalaman seperti bangsa kita lakukan. Namun kucupan bagi bangsa barat tiada batasnya. Ianya boleh dikatakan tanda persahabatan yang erat, tanda percintaan dan juga dicenderungkan sebagai kucupan bernafsu.

Bagi bangsa kita terutama yang beragama islam, kucupan antara lelaki dengan perempuan adalah haram, malah bersalaman dengan bukan muhrim pun dikira haram. Namun kita ambil kira soal moral dan budaya Melayu di mana yang muda perlu menghormati yang berusia dan ada ketikanya bersalaman itu harus...namun tetap dilihat haram dalam hukum agama islam. Kecuali ada ikatan muhrim.

Berbalik soal kucupan atau berkucup mulut mulut sudah menjadi trend remaja yang bercinta. Percintaan bagi mereka seolah-olah sudah seperti pasangan yang halal. Kucupan ini bukan dikira kucupan rindu, sebaliknya dikira kucupan bernafsu yang membolehkan pasangan terus terlanjur.

Sebenarnya budaya berkucupan ini tidak memperlihatkan kesopanan sama ada dilakukan oleh pasangan yang halal iaitu suami dan isteri jika dilakukan dikhalayak ramai.Apa lagi jika perbuatan berkucup ini dilakukan oleh pasangan yang sedang bercinta.

Kesimpulanya berkucup antara pasangan tidak sesuai jika  dilakukan berdepan dengan khalayak ramai. Memadai jika pasangan itu suami isteri saling melakukan ciuman pipi dan tangan. Berkucupan ini sewajarnya dilakukan berselindung daripada kelihatan sesiapa saja demi menjaga maruah yang mana ianya boleh menggahirahkan orang lain jika terlihat... waspadalah...

No comments:

Post a Comment