Saturday 30 July 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak


  Assalamualaikum dan salam sejahtera......
perkataan yang cantik ialah Allah,lagu yang merdu adalah azan.Novel yang indah ialah Al-Quran.Senaman yang baik ialah solat dan diet yang mujarab adalah puasa...Salam Ramadhan al-mubarak..

       Sempena bulan yang bakal tiba,Ramadhan yang mulia,sama2 lah kita tingkatkan ibadah kita dan perbanyakkan taubat dan mohon keampunan kepada Allah S.W.T.Setiap manusia pasti melakukan kesilapan sama ada kesilapan itu besar atau kecil.Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Sedangkan Nabi ampunkan umatnya,inikan pula kita manusia biase yang begitu banyak kelemahannya.Bukalah hati anda untuk menerima kekurangan diri dan memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita kerana diri  kita sendiri pun banyak melakukan kesalahan dan kita tidaklah sempurna...

       Jangan selalu menunding jari ke atas kesalahan yang dilakukan orang lain kerana sekali kita menyalahkan orang lain,10 kali ganda lagi kebencian dituju kan ke arah kita..
      
       Pada yang telah tiada,kunjungilah pusaranya dan berdoa pada yang Esa setulus nya mohon mereka berada dengan golongan yang diberkati Allah S.W.T..Aminn...

       Wanie juga tak lari dari melakukan dosa.Wanie memohon ribuan ampun dan maaf kepada rakan2,saudara mara,dan sesiapa yang mengenali Wanie ok....Semoga kehidupan anda semua diberkati dan segala ibadah yang anda telah lakukan diterima dan dirahmati Allah S.W.T...

                                                            SALAM RAMADHAN... 

Thursday 28 July 2011

Huh....!!!Camne nk hilangkan bosan ny???

 Pada satu hari penuh ni.,.bosan nye duk kat umah ni..tiada sebarang hiburan melainkan layan facebook dengan tengok televisyen je,..huh..!da bosan da la layan bende yang sama tiap2 hari...urm....xtau nak buat ape dah...malam ni tak pergi studio sebab kakak dan juga abang ipar aku pergi ke stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Singapura.Tinggal la aku dengan anak2 buah aku kat rumah ni...
    Nak tengok tv tak ade apa2 rancangan yang best..kalau on line pulak,ade la berape kerat je member2 yang on line..hurm....saya akan cari cerita2 atau tips2 yang best nt untuk dikongsikan bersama2 pembaca semua...tunggu ok.....

Tampil Cantik(10 tips cara mudah)



Faktor kesihatan terutamanya corak pemakananmerupakan punca utama permasalahan ini berlaku..Penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting dalam memberi kekuatan sama ada dari aspek fizikal mahu pun mental..Mari sama-sama berkongsi tips kecantikan yang mudah dilakukan dan tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit semata- mata untuk kelihatan cantik.! 


1; Air kosong bantu bakar lemak.
Bukan air coca cola atau air berperisa sprti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral.perbanyakkan minum air bersih dapat membantu anda membakar kalori serta dapat membuang toksin dalam tubuh badan anda selain dapat menjaga kesihatan kulit.Senang kan..lakukan dengan konsisten pada setiap hari.


 2; Berjalan di sekeliling rumah.
Bersenam sememangnya baik untuk kesihatan.Berjalan di sekitar rumah juga salah satu bentuk senaman yang mudah!Jangan malas untuk bersenam tau!Selepas bangun daripada tidur,seeloknya lakukan sedikit senaman rengangan bagi melancarkan kembali peredaran darah anda.Lakukan senaman agar anda kelihatan sihat dan bertenaga.


3; Rokok jejaskan kesihatan.
Merokok menjejaskan kesihatan kulit dan juga kesihatan tubuh badan anda.Anda seharusnya sedia maklum bahawa asap rokok mengandungi ribuan kandungan kimia yang mampu menjejaskan kesihatan dan mencacatkan kecantikan anda.kayakan TIDAK kepada rokok.


4; Tidur bantu tahap kesihatan anda.
Tidur yang cukup pasti akan memberikan impak yang positif kepada kita.waktu malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk tidur.amalkan tidur selama enam jam hingga lapan jam untuk mendapatkan kualiti yang baik.Kurang tidur hanya akan membuatkan kulit anda kusam dan mata anda bertambah lebam.


5; Biarkan wajah polos anda.
Pada waktu tertentu,biarkan kulit anda berehat seketika tanpa sebarang solekan.Kulit juga perlu bernafas!jangan biarkan sisa solekan anda masih melekap di wajah anda ketika masuk tidur.Rajin-rajinlah cuci muka sebelum masuk tidur.


6; Makan makanan yang sihat.
Amalkan piramid makanan yang betul kerana faktor pemakanan wajar dititikberatkan dalam amalan permakanan seharian anda.Makan secukup nya,bukan berlebihan.Cara makan yang lebih baik ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Pastikan makanan yang dihidangkan tidak mengandungi bahan yang berkolestrol tinggi.Pastikan makanan yang anda pilih menu yang sihat.


7; Rawatan kecantikan dirumah.
Luangkan sedikit masa  untuk memanjakan diri anda dengan membuat facial dan mencuci rambut di salun,bersauna dan berspa.Anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak sekiranya anda lebih selesa di rumah.Lakukan sendiri dirumah dengan menghabiskan masa anda seharian dengan menggunakan barangan penjagaan kecantikan yang sesuai.Pastikan anda kelihatan anggun menawan.


8; Elakkan stress.
Stress hanya akan mempercepatkan lagi proses penuaan anda.Elakkan daripada berada dalam keadaan tertekan.Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan anda.


9; Sentiasa berfikiran positif.
Don't worry be happy!Anggap diri anda hebat dan cantik.Yakin  dengan penampilan anda dan sentiasa berfikiran positif setiap masa.Pastikan anda kelihatan cantik,anggun dan menawan setiap masa.


10; Ketawalah!
Kata orang ketawa penghibur duka.Jadi.dengan ketawa dan bergurau senda bersama keluarga dan sahabat mampu menghidupkan lagi hari anda.Janganlah berduka dan bermasam muka kerana anda hanya akan menambahkan lagi kedutan di muka.Hilang seri anda nanti.


   Wanislumber harap,pembaca2 semua dapat mengamalkan 10 tip kecantikan tersebut..selamat beramal...(",)

Wednesday 27 July 2011

Mahligai dekorasi sederhana..



< Setiap dekorasi yang melatari segenap sudut di dewan seolah-olah gembira menanti pasangan yangbakal diraikan.pasangan merpati dua sejoli sepakat memilih dekorasi moden kontemporari yang sederhana namun mampu memberi keselesaan kepada setiap tetamu yang bakal bertandang meraikan mereka.Rekabentuk,susun atur serta hiasan yang dipilih semuanya senada dan seiring.rona dark brown,putih dan gold memberikan gambaran romantis,dan juga elegan.Dalam memilih hiasan dewan bagi majlis yang sederhana anda harus bijak memberi sentuhan dekorasi agar ia nampak sempurna dan cukup indah...


Info Hiasan Dewan;




   ->Pilih hiasan dewan yang ringkas dan sesuaikan warna di antara setiap satunya agar ia kelihatan serasi dan sedap mata memandang.


   ->Selain bunga-bungaan,terdapat pelbagai hiasan lain yang mampu memberi kelainan pada majlis anda.


   ->Elemen pencahayaan amatlah penting kerana ia mampu mmberi kesan tersendiri pada dekorasi..


   ->Gubahan bunga juga memerlukan kreativiti dan gaya yang cukup sempurna agar setiap sudut kelihatan indah.


   ->Sebelum membuat keputusan untuk menghias dewan pastikan anda tahu keluasan dewan yang anda pilih supaya segenap dewan dapat didekorasi dengan sempurna dan tidak terlalu janggal jika terdapat ruang kosong tanpa hiasan,

Tuesday 26 July 2011

PENGENALAN

   Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Saya Azwani bt Abu Samah..Anak kelahiran Kuala Lipis...Saya dibesarkan di Daerah Bera,Pahang..Berusia 19tahun dan sekarang saya bekerja sebagai seorang penyanyi di bawah naungan Best Sound Studio..Sebelum tu saya kerja di Butik Andaman dan Perkahwinan ZAF iaitu perniagaan family saya di Pahang...erm..susah tau nak jadi penyanyi ni..Macam-macam cabaran datang menduga.Saya mula menyanyi pada usia 6 tahun dan mula serius pada usia 12tahun.Macam-macam pertandingan nyanyian saya sertai dan alhamdulillah kebanyakkannya kemenangan berpihak kepada saya.

Selain itu,undangan untuk persembahan nyanyian juga banyak antaranya vokalis live band polis Daerah Bera semasa saya berusia 12tahun hingga 14tahun(2004-2006).Selain itu juga,saya pernah menjadi artis Orkestra Di Raja Pahang,Simfoni Kasih di auditorium Darul Makmur,Kuantan Pahang pada tahun 2009 semasa saya berumur 17tahun.Bermacam-macam program saya sertai dan yang paling saya tidak akan lupa,saya dipilih sebagai salah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di Cherating Kuantan,Pahang.Saya juga pernah membuat persembahan nyanyian di hotel Sri Malaysia,Kuantan dengan membawa nama sebagai pelatih PLKN.
Kalau nak diceritakan lagi memang takkan habis.Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda.Have a nice day n happy always.=)

Dunia untukku

 
Hai!!! Saya wani... Selamat berkenalan...Hasrat hati nak jadi penyanyi. follow saya dalam dunia hiburan akan datang.